SHAH ALAM - MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR. D.I.Y) menawarkan diskaun hebat melibatkan barangan keperluan sempena kempen Poket Selamat 7 sebagai menghargai pelanggannya.
Naib Presiden Pemasarannya, Andy Chin berkata, bermula 15 September ini, MR. D.I.Y menjual pelitup muka tiga lapis pada harga RM5 sekotak berbanding sebelum ini RM5.90 manakala pelindung muka pula dijual pada harga RM5.90 setiap satu lebih murah daripada harga asal RM7.90.
Iklan
Iklan
"Kami ingin membantu rakyat melindungi diri mereka apabila kembali ke tempat kerja dan sekolah atau mengembara. Dengan memberi potongan harga kekal ke atas barangan keperluan perlindungan diri, kami berharap mereka akan dapat mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dengan baik tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.
"Ini tentunya cara yang paling berkesan untuk memastikan seluruh komuniti sentiasa dilindungi,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, bersempena dengan kempen itu yang merupakan edisi ketujuh, MR. D.I.Y memberikan diskaun sehingga 40 peratus melibatkan 45 produk terpilih di 738 cawangannya di seluruh negara serta di laman sesawangnya www.mrdiy.com.my.
"Dalam kempen ini, MR. D.I.Y. menawarkan diskaun harga ke atas perkakasan, barangan elektrik, telefon bimbit dan aksesori kereta, produk kegunaan rumah, alat tulis dan permainan. Kesemua diskaun ini ditawarkan selama sebulan bermula 15 September lalu,” katanya.