BUENOS AIRES - Presiden Brazil Jair Bolsonaro menjalani kuarantin kendiri pada Rabu sejurus kembali daripada menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas anggota delegasinya disahkan positif Covid-19.
Langkah itu diambil selepas Agensi Pengawalselia Kesihatan Brazil (ANVISA), meminta Bolsonaro dan anggota delegasinya menjalani kuarantin berikutan pengumuman Menteri Kesihatan Marcelo Queiroga di Twitter pada Selasa, mengesahkan beliau dijangkiti virus itu semasa lawatan pemimpin Brazil ke New York.