Sniker RS-X Puma edisi khas

Iklan
Puma RS-X Tracks MTV Gradient Gloom.

Gaya 'street' dan budaya pop dalam koleksi kasut sukan terbaharu Puma-MTV

PADA tahun 2006, Puma dan MTV pernah melancarkan koleksi PUMA YO MTV Raps di mana kasut-kasut Puma yang klasik diberi olahan semula dengan berinspirasikan muzik hip hop 1980-an.

Kini kolaborasi mereka kembali lagi dengan menampilkan persilangan budaya pop dan fesyen sukan yang diterjemahkan pada kasut-kasut sniker RS-X edisi khas, sekali gus meraikan semula kegemilangan budaya muzik yang terdahulu.

Iklan
Iklan

”Kami sangat gembira untuk sekali lagi bekerjasama dengan sebuah jenama ikonik yang relevan dengan zaman dahulu dan kini,” kata Pengarah Global untuk Jenama & Pemasaran Puma, Adam Petrick.

RS-X Tracks MTV Gradient Blaze Puma White - Sweet Lavender.

MTV telah merevolusikan industri hiburan. Penggabungan industri fesyen dan budaya pop jelas menggariskan usaha mereka untuk mencapai golongan muda di seluruh dunia.

Iklan

"MTV dan Puma adalah dua jenama yang kekal sinonim dengan representasi budaya dan gaya jalanan untuk pelbagai generasi, dan kerjasama ini berjaya menyatukan kedua-dua jenama ikonik ini untuk masa kini,” kata Naib Presiden Kanan, Kerjasama Global dan Softlines, Viacom Nickelodeon Consumer Products, Jose Castro.

Sniker RS-X Puma diilhamkan oleh unsur-unsur muzik dan era digital, sekali gus mencerminkan evolusi MTV sendiri, menjadikannya sebuah koleksi yang mesti ada buat peminat fesyen nostalgia.

Iklan
Puma RS-X Tracks MTV Gradient Gloom.

Koleksi Puma x MTV Capsule, Kolaborasi Puma x MTV juga melancarkan olahan reka bentuk terbaharu sniker RS-X Tracks. Mengetengahkan iterasi warna pop neon yang menonjol, koleksi ini memaparkan keluaran dua jenis warna, iaitu RS-X Tracks MTV Gradient Blaze dalam warna Puma White-Sweet Lavender dan RS-X Tracks MTV Gradient Gloom dalam warna Puma Black-Sweet Lavender colorways.

Menyempurnakan rupa dengan pakaian musim yang sesuai, koleksi bergaya ini turut melancarkan kemeja T, tank top, baju trek dan seluar pendek yang dilingkari dengan logo grafik Puma x MTV.

Puma RS-X Tracks MTV Gradient Gloom Black - Sweet Lavender.
Koleksi Puma x MTV akan dilancarkan di butik-butik Puma terpilih seluruh negara bermula 14 Mac ini.

#Ohlelaki!