Polis dalam proses bawa pulang Sajat

Iklan
Nur Sajat

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses membawa pulang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang ditahan di Thailand pada 8 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, permohonan itu akan dibuat dalam tempoh masa terdekat.

"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Iklan

"Orang ramai juga diseru tidak berkongsi maklumat salah berkaitan isu ini yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dan menggugat ketenteraman awam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan Nur Sajat ditahan pihak berkuasa tempatan di Bangkok, Thailand kerana memiliki pasport yang tidak sah.

Iklan

Nur Sajat dikehendaki di negara ini kerana menghalang penjawat awam dan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Satu waran tangkap turut dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lepas selepas usahawan kosmetik itu gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya.