Gangguan bekalan air tidak berjadual di enam kawasan di Shah Alam

Iklan

KUALA LUMPUR - Sebanyak enam kawasan di Shah Alam mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 10 malam ini, susulan kejadian paip pecah di Persiaran Perusahaan di Seksyen 23.

Kawasan yang terjejas adalah Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 23, Seksyen 24 dan Seksyen 25 di Shah Alam.

Iklan
Iklan

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan berkata, kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya menjelang jam 6 pagi esok.

"Bekalan air akan diedarkan secara berperingkat sejurus selesai kerja-kerja pembaikan dan dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari, Jumaat (24 September),” katanya.

Iklan

Para pengguna boleh merujuk medium komunikasi rasmi syarikat itu iaitu aplikasi Air Selangor, laman Facebook, Instagram, Twitter Air Selangor atau menghubungi Pusat Komunikasi di 15300 untuk maklumat lanjut, manakala sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan menerusi www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. - Bernama

Iklan