Dua maut, 13 cedera tembakan rambang di pasar raya

Iklan
Dua maut, manakala 13 lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang di sebuah pasar raya di Tennessee, Amerika Syarikat. (Gambar hiasan)

SEKURANG-KURANGNYA dua maut, manakala 13 lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang di sebuah pasar raya di Tennessee, Amerika Syarikat.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada 1.30 petang Khamis waktu tempatan di bandar Collierville, lapor USA Today.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Collierville, Dale Lane berkata, suspek maut dipercayai selepas menembak diri sendiri.

Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan ada di antaranya yang cedera parah.

Iklan

Katanya, ketika pencarian penyerang dibuat, suspek ditemui mati akibat luka tembakan.

Setakat ini, Identiti penembak dan mangsa belum dikenal pasti dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca serangan berkenaan. - Awani

Iklan