Niaga hadapan emas tidak catat dagangan pagi ini

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan pada sesi dagangan awal pagi Jumaat.

Pada jam 9.30 pagi, bulan semerta September 2021, Oktober 2021, November 2021 dan Disember 2021 semuanya disebut harga pada RM255.00 segram.

Iklan
Iklan

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masih sifar.

Pada pembukaan, harga emas fizikal merosot RM2.70 kepada RM227.37 segram daripada RM230.07 segram semalam. - Bernama

Iklan
Iklan