UNICEF bimbang keadaan migran Haiti diusir dari sempadan AS

Iklan
Foto Bernama

NEW YORK - Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Khamis menyuarakan kebimbangan mengenai migran Haiti, terutama kanak-kanak, yang diusir dari sempadan Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Menurut anggaran awal UNICEF, dua pertiga migran Haiti yang dihantar semula ke Port-au-Prince adalah wanita dan kanak-kanak. Sebilangannya bayi baru lahir memerlukan pelbagai keperluan khusus dan mendesak.

Iklan
Iklan

"Haiti sedang bangkit daripada tiga tragedi, bencana alam, keganasan kumpulan dan pandemik Covid-19.

"Ketika kanak-kanak dan keluarga dihantar semula tanpa jaminan perlindungan, mereka mendapati diri mereka lebih terdedah terhadap keganasan, kemiskinan dan pelarian faktor yang mendorong mereka untuk berhijrah sejak mula,” kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore.

Iklan

Penilaian awal di Mexico dan Haiti mendapati, ramai kanak-kanak di bawah umur 10 tahun yang dilahirkan di luar Haiti atau menjalani sebahagian besar kehidupan mereka di negara lain, kata UNICEF.

Unicef bimbang dengan keadaan migran Haiti di Del Rio, Texas, dengan kira-kira 40 peratus adalah kanak-kanak, hidup dalam keadaan yang sesak dan serba kekurangan serta memerlukan bantuan kemanusiaan asas.

Iklan

"Kepentingan kanak-kanak harus mendahului semua pertimbangan lain," kata Fore. -Bernama