Titan Summit tampilkan perkongsian 100 jutawan usahawan

Iklan
Naib Presiden RichWorks, Nasrul Hadi Shukran bersama salah seorang daripada 100 usahawan jutawan, Dr Juariah Kusni yang berkongsi kisah perjalanannya dalam Titan Summit 2021 yang bermula pada Jumaat hingga Ahad ini.

PROGRAM Titan Summit 2021 anjuran RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) kembali lagi tahun ini dengan menampilkan 100 jutawan usahawan yang berkongsi pengalaman jatuh bangun mereka termasuk strategi perniagaan terutama ketika menghadapi krisis pandemik Covid-19.

Mentor usahawan dan Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata,100 usahawan tersebut merupakan sebahagian daripada lebih 300 individu yang mendapat bimbingan secara dekat bersama beliau.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 September itu membawakan sebahagian daripada lebih 700 usahawan di bawah RichWorks yang merekodkan jualan terkumpul berjumlah RM2.2 bilion pada 2020.

Azizan Osman

"Mereka akan berkongsi perjalanan membina bisnes hingga sampai ke tahap sekarang dan bagaimana untuk bangkit dengan cepat apatah lagi dalam tempoh pandemik sejak tahun lalu.

Iklan

"Mereka ini tampil secara sukarela bagi berkongsi pengalaman masing-masing yang boleh dijadikan sebagai pengajaran dan inspirasi buat semua.

"Jalan pintas untuk berjaya adalah dengan belajar daripada pengalaman orang yang sudah melalui dan mencapainya, rugi rasanya jika usahawan lain tidak ikuti sendiri perkongsian jutawan ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Bertemakan Satu Misi Bantu The Nation, Azizan berkata, program tersebut adalah yang pertama di Malaysia dengan menghimpunkan 100 usahawan jutawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) buat kali kedua setelah berjaya menganjurkan Titan Summit 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama.

Beliau berkata, ia merupakan usaha berterusan RichWorks bagi membantu kembali masyarakat dan negara.

"Usahawan jutawan ini terdiri daripada PKS yang sebenarnya telah dan berterusan menyumbang kepada negara. Ketika pandemik, ramai yang hilang pekerjaan sebaliknya mereka ini mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

"Penyertaan Titan Summit 2021 masih dibuka untuk orang ramai khususnya usahawan dengan melayari laman web richworks.com/titansummit,” ujarnya.

Muhammad Muizzuddin

Sementara itu, pengasas Muiz Hot Chicken, Muhammad Muizzuddin Remle, 28 berkongsi pengalamannya yang bermula sebagai pembancuh air dan tukang goreng ayam di warung ibu saudaranya sebelum membuat keputusan untuk membuka gerai ayam gorengnya sendiri pada 2018.

Anak kelahiran Muar, Johor itu berkata, pada awalnya, keputusan tersebut mendapat tentangan daripada bapanya sendiri yang mahukan beliau menyambung pelajaran dan seterusnya memohon pekerjaan di dalam kerajaan.

Muiz Hot Chicken sehingga kini berjaya membuka 85 cawangan di seluruh negara.

"Saya minta restu ibu bapa untuk berikan tempoh dua tahun bagi membuktikan saya mampu berjaya dan Alhamdulillah pada tahun 2015, saya berjaya membuka tiga cawangan.

"Pada tahun yang sama juga saya bertemu dengan RichWorks dan daripada situ saya mula belajar terutamanya tentang penjenamaan, jadi sejak itu saya tukar nama Ayam Goreng Rangup menjadi Muiz Hot Chicken dan keluarkan kotak bungkusan sendiri,” ujarnya.

Hasil menimba ilmu melalui RichWorks, anak ketiga daripada lima beradik itu kini berbangga dengan pencapaiannya yang berjaya membuka 85 cawangan di seluruh negara dan mencapai hasil jualan RM6.2 juta pada tahun ini.