SIBU - Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Pejabat Kesihatan di Pasar Sentral Sibu akan ditamatkan operasinya pada 22 Oktober ini.
Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Bahagian Sibu dalam satu kenyataan petang Jumaat memaklumkan operasi di PPV berkenaan akan ditamatkan secara berperingkat dan ia hanya memberikan suntikan dos pertama hingga 30 September.