Ular sawa kekenyangan dalam reban ayam

Iklan
Ular sawa batik yang ditemui melingkar kekenyangan di dalam reban ayam di Kampung Jeram Besu, Lipis pada Sabtu. - Foto ihsan APM

LIPIS - Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lipis menangkap seekor ular sawa batik seberat 20 kilogram (kg) yang ditemui melingkar kekenyangan di dalam sebuah reban ayam di Kampung Jeram Besu di sini pada Sabtu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah itu, Kapten (PA) Mohd Azhar Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.58 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ular sawa batik sepanjang kira-kira 2.5 meter itu telah menelan seekor ayam dalam reban tersebut.

Anggota APM Lipis menangkap ular sawa batik seberat 20kg yang ditemui kekenyangan selepas menelan seekor ayam. - Foto ihsan APM

Iklan

"Anggota APM mengambil masa 20 minit untuk menangkap ular itu menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, anak pemilik reban, Mohd Hafiz Salihuddin, 32, berkata, kejadian itu disedari bapanya ketika ingin memberi makanan kepada ayam di dalam reban berkenaan.

Iklan

"Ini adalah kejadian kali pertama dan memang terkejut bila nampak ular itu melingkar di dalam reban.

"Syukur kerana tidak membabitkan sebarang nyawa walaupun ada ayam yang ditelan," katanya pada Sinar Harian.