PELAKON dan penyanyi, Nabila Razali berkata, andai dapat menjadi duta bersama restoran makanan segera A&W, ia ibarat tuah.
Menurutnya, bagaimanapun kehadiran pada hari ini sempena pembukaan cawangan ke-47 di EkoCherass Mall, hanya sebagai penyeri majlis.
"Belum ada perbincangan lanjut fasal duta atau aktiviti berkaitan. Tapi kalau dapat memang rezeki sayalah," ujarnya.
Sementara itu, CEO A&W George Ang, berkata, buat masa ini sudah ada maskot sebagai duta, namun untuk strategi pemasaran seterusnya meletakkan artis akan dipertimbangkan.
"Belum ada kontrak apa-apa lagi, cuma nak meluangkan masa bersama Nabila sebagai artis undangan bagi pembukaan cawangan hari ini.
"Justeru, duta dan jingle lagu serta program selanjutnya nantikan," katanya kepada Sinar Harian.
Selain itu, berbalik kepada Nabila, berkongsi mengenai kerjaya seninya, masih lagi dalam fasa mempromosikan single terbaharu, Vroom Vroom.
Untuk lakonan, pelakon cantik ini baru sahaja habis dengan sebuah penggambaran telefilem yang akan bersiaran pada Hari Raya Aidilfitri.