MUAR - Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) di peringkat negeri dan daerah akan dicadangkan supaya Pelan Pemulihan Negara (PPN) di peringkat akar umbi dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan pantas.
Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu juga diharap dapat memudahkan usaha PPN selain merancakkan lagi peranannya.