SPR perlu jadi badan bebas, jangan ada campur tangan luar

Iklan
Isnaraissah Munirah (kiri) dan Thomas dalam webinar Money Politics: 'Reform for Electoral Campaign Financing, Clean Up Time?' pada Sabtu.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menjadi badan bebas tanpa melibatkan campur tangan mana-mana pihak kerana suruhanjaya itu terlibat dalam pembentukan kerajaan.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Thomas Fann berkata, jika tidak pelbagai persoalan dan keraguan orang ramai terhadap kerajaan serta berpotensi mencetuskan ketidakstabilan politik.

Iklan
Iklan

"Ketika ini saya lihat SPR tidak bebas kerana ada ada campur tangan pihak kerajaan terutama pelantikan pengerusi badan itu.

"Apabila ketua itu dilantik oleh kerajaan, ia akan menyebabkan badan tersebut cenderung melakukan keputusan yang akhirnya memberi kelebihan kepada pihak kerajaan,” katanya dalam webinar Money Politics: 'Reform for Electoral Campaign Financing, Clean Up Time?' pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama sebagai panel ialah Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan; pakar ekonomi, Dr Edmund Terence Gomez; Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis, manakala Alan Kirupakaran bertindak sebagai moderator.

Isnaraissah Munirah pula berkata, selain menjadikan SPR sebuah badan bebas bagi membentuk sistem pilihan raya yang telus dan adil, cara penggunaan dana politik yang diberi kepada calon untuk bertanding perlu diberi perhatian serius.

Iklan

Berdasarkan pengalaman ketika bertanding pada dua Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu katanya, kebiasaannya dana politik itu digunakan bagi membeli undi terutama untuk calon yang bertanding di kawasan terpencil.

"Saya rasa kalau tiada tindakan terhadap perbuatan itu, ia bakal merosakkan generasi muda. Mereka juga akan menjual undi kepada sesiapa yang boleh memberikan duit,” katanya.