Gelagat kanak-kanak Orang Asli suku Semaq Beri bermain telefon pintar semasa tinjauan sempena program vaksinasi COVID-19 di Perkampungan Orang Asli Sungai Berua hari ini.
Seramai 327 Orang Asli menerima vaksin COVID-19 jenis CanSino dalam usaha mengekang penularan virus tersebut sekaligus dapat mencapai imuniti kelompok seperti yang disasarkan oleh kerajaan. - Foto Bernama