KOTA BHARU - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan mengarahkan pemilik premis sebuah lombong di Felda Aring 5, Gua Musang menghentikan semua kerja operasi pemprosesan bijih susulan kemalangan maut ke atas seorang buruh pada Khamis.
Pengarah JKKP Kelantan, Ir Abdul Aziz Salim berkata, sepasukan pegawai penyiasat daripada jabatan itu telah ke lokasi kejadian sebaik menerima berita mengenai kejadian yang berlaku pada jam 8.50 pagi itu.