City tebus kecewa

Iklan
Guardiola bangga dengan persembahan yang ditunjukkan pemain ketika menewaskan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge.

MANCHESTER City berjaya menebus kekecewaan musim lalu selepas menewaskan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge pada Sabtu.

Pengendali City, Pep Guardiola berkata, dia berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan untuk menewaskan juara Eropah itu di laman lawan.

Iklan
Iklan

Malah, kemenangan itu juga menyaksikan badi tewas tiga perlawanan berturut-turut kepada The Blues termasuk pada final Liga Juara-Juara Eropah di Porto juga terpadam.

"Pemain sangat luar biasa hari ini. Di stadium ini, menentang pasukan hebat dan mereka melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Iklan

"Kami datang ke sini dan bermian corak permainan kami. Kadang-kadang anda tidak boleh melakukannya kerana lawan yang sukar. Kami menekan Chelsea dengan kuat dan mereka tidak dapat membuat serangan.

"Untuk menang di Stamford Bridge dan menang ke atas juara Eropah adalah luar biasa," katanya.

Iklan

Penyerang City, Gabriel Jesus menjadi wira buat The Citizen dengan meledak gol pada minit ke- 53.

"Gabriel sentiasa memberikan segalanya kepada kami. Anda tidak boleh katakan apa-apa mengenainya. Setiap perlawanan dia tampil 100 peratus untuk pasukan.

"Untuk mempunyai pemain seperti dia dalam pasukan membuatkan saya sangat gembira," katanya.