Beberapa penumpang maut, kereta api tergelincir di Montana

Iklan
Lima gerabak Empire Builder tergelincir berhampiran bandar Joplin pada Sabtu. - Foto Twitter @MegVandervest

MOSCOW - Beberapa orang terbunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam kejadian kereta api penumpang tergelincir di Montana, Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik.

Menurut pengendali pengangkutan itu Amtrak, lima gerabak Empire Builder tergelincir berhampiran bandar Joplin pada Sabtu, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan.

Iklan
Iklan

Terdapat sekitar 147 penumpang dan 13 kru di dalam keretapi api berkenaan.

"Amtrak bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengangkut penumpang yang cedera dan memindahkan mereka yang terselamat," lapor media tempatan memetik kenyataan Amtrak.

Iklan
Iklan

Kereta api itu dilaporkan tergelincir ketika dalam perjalanan menuju ke Seattle. - Bernama