KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) menerima perubahan dilakukan M.Y. EG Services Bhd (MYEG) terhadap sistem pembaharuan pekerja asing dalam taliannya.
MYEG dimaklumkan berhubung perkara itu oleh MYCC menerusi surat bertarikh 4 Mac, 2019, susulan beberapa mesyuarat yang diadakan dengan MYCC sebelum itu.
Iklan
Iklan
"Oleh itu, dengan penerimaan terhadap perubahan yang dilakukan, penalti sebanyak RM7,500 sehari akan dihentikan berkuat kuasa serta merta. Penalti sehingga tarikh penerimaan itu berjumlah RM9,644,700, dengan MYEG telah membayar sebanyak RM6,412,200,” katanya dalam kenyataan hari ini.
MYEG berkata dengan penerimaan oleh MYCC, lembaga pengarah percaya kumpulan telah mematuhi sepenuhnya keputusan yang dibuat sebelum ini oleh suruhanjaya persaingan itu dan Tribulan Rayuan Persaingan (CAT).
"Bagaimanapun, rayuan yang difailkan MYEG di Mahkamah Rayuan akan diteruskan,” katanya.
Sebelum ini, MYEG memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan dibuat MYCC dan CAT, dan untuk merayu terhadap penalti dikenakan MYCC.
"MYEG ingin menegaskan kepada semua pengguna bahawa peiubahan yang diperlukan dilakukan adalah berkaitan dengan"user interface" dalam portal kumpulan, dan tidak menjejaskan penyampaian dan penyediaan semua perkhidmatannya yang sedang dilaksanakan,” katanya. - Bernama