Benitez lega Everton menang

Iklan
Pemain Everton, Andros Townsend (kanan), meraikan jaringannya pada perlawanan berkenaan. - Foto Everton Fottball Club

PENGENDALI Everton, Rafa Benitez lega apabila skuad kendaliannya itu berjaya menewaskan Norwich City, 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park pada Sabtu.

Menurut Benitez, kemenangan itu memberikan gambaran The Toffees telah bersedia untuk mencatatkan lebih banyak kemenangan selepas ini dan berada pada kedudukan yang lebih baik pada carta Liga Perdana Inggeris (EPL).

Iklan
Iklan

Katanya, kedudukan Everton pada tangga kelima EPL ketika ini dengan meraih 13 mata, dilihat sebagai satu pencapaian yang baik dan perlu diteruskan.

"Apabila menyaksikan mereka (pemain) menjalani latihan, saya menjangkakan mereka dapat beraksi dengan baik pada setiap perlawanan.

Iklan

"Bagaimanapun, dalam saingan Liga Perdana Inggeris, apa sahaja boleh berlaku dan kita tidak akan pernah menjangkakannya.

"Apa pun, saya gembira dengan prestasi pasukan ketika ini dan berharap ia akan menjadi lebih baik selepas ini,” katanya.

Iklan

Pada aksi berkenaan Everton menjaringkan gol menerusi Andros Townsend pada minit ke-29 menerusi sepakan penalti sebelum Abdoulaye Doucoure menjaringkan gol kedua pada minit ke-77.

Mengulas mengenai aksi berdepan Manchester United pada 2 Oktober depan, Benitez berkata, kesemua pemain diharap dapat mengekalkan momentum bagi memastikan kemenangan ke atas skuad The Red Devils itu.

Bagaimanapun katanya, semua pemain tetap diingatkan agar beraksi penuh berhati-hati dalam usaha merealisasikan kemenangan berkenaan.

"Biarpun United tumpas 0-1 kepada Aston Villa pada Sabtu, namun diharapkan pemain kita dapat memberikan aksi terbaik apabila bertandang ke Old Trafford pada 2 Oktober nanti.

"Pemain-pemain juga diharap agar beraksi dengan berhati-hati kerana United pasti mempamerkan kebangkitan bagi mencatatkan kemenangan,” katanya.