KUCHING - Kontraktor penyelamat telah memulakan projek menyiapkan baki kerja terbengkalai Hospital Petra Jaya (HPJ) sejak awal tahun ini dan hospital berkenaan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menurutnya, kontraktor penyelamat yang dilantik awal tahun ini akan mengambil sedikit masa untuk tempoh beberapa bulan ini bagi mengeluarkan semua peralatan lama milik kontraktor lama serta membersihkan tapak tersebut.