SHAH ALAM - Sebuah kenderaan terkandas dalam banjir setinggi 1.22 meter di sekitar kawasan Stadium Shah Alam Seksyen 13, di sini pada Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.07 petang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, seramai sembilan anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam tiba di lokasi kejadian pada jam 5.17 petang.
"Pihak bomba mendapati kawasan sekitar stadium tersebut dinaiki air setinggi 1.22 meter di beberapa kawasan dan menyebabkan sebuah kenderaan terkandas di sana.
"Bagaimanapun pemandu kereta terbabit berjaya menyelamatkan diri dan tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.