KUALA LUMPUR - Bekalan air di semua kawasan di Gombak, Selangor yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan kerja-kerja pembaikan paip pecah berhampiran Jejambat Ampang Point, Jalan Ampang, pulih sepenuhnya jam 8 malam ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera.