Ramai penduduk Britain lupakan wang kecil dipinjam rakan

Iklan
Sebanyak 87 peratus responden yang berusia antara 18 hingga 24 tahun tidak bersedia untuk meminta rakan mereka membayar wang yang telah dipinjam.

LONDON - Hampir separuh penduduk Britain didapati enggan untuk meminta semula wang yang dipinjam dalam jumlah kecil yang telah diberikan kepada rakan.

Penemuan itu diperoleh berdasarkan kepada satu tinjauan pendapat yang dilakukan oleh aplikasi pengurusan wang iaitu Suits Me.

Iklan
Iklan

Sebanyak 45 peratus daripada 1,000 responden menyatakan mereka cuba mengelakkan perbualan tentang wang yang telah dipinjamkan kepada rakan.

Pinjaman wang yang diberikan sebanyak £10 (RM57.32) hingga £15 (RM85.98) kepada rakan-rakan itu dilupakan begitu sahaja oleh si peminjam.

Iklan

Sebanyak 87 peratus responden yang berusia antara 18 hingga 24 tahun tidak bersedia untuk meminta rakan mereka membayar wang yang telah dipinjam.

Namun, Pengarah Urusan Suits Me, Richard Lynch berkata, keputusan tinjauan pendapat itu menunjukkan sikap sopan rakyat Britain. - Agensi

Iklan