Bakar rumah: Pengutip besi dipenjara 15 bulan

Iklan
Anggota polis mengiringi Mohd Roslan (tengah) ke Mahkamah Sesyen, hari ini.

KOTA BHARU - Seorang pengutip besi dijatuhi hukuman penjara 15 bulan di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Tertuduh, Mohd Roslan Pawi, 35, mengaku bersalah terhadap tuduhan membakar sebuah rumah di 28 September tahun lalu.

Iklan
Iklan

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin turut mengenakan hukuman penjara 12 bulan terhadap tertuduh atas kesalahan menceroboh rumah tersebut.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap, 28 September tahun lalu.

Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menceroboh rumah milik Ghazali Ismail, 68, di Peringat pada jam 12.30 tengah malam, tahun lalu.

Tertuduh berdepan kesalahan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Iklan

Sementara pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman boleh sampai 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan khianat dengan pemetik api dengan niat membakar rumah milik mangsa pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama.