SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini, ditemui lemas pada Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui penduduk kampung pada jam 8.42 pagi di dasar longkang kira-kira 15 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.