KUALA LUMPUR - Tiada sebarang kertas siasatan dibuka terhadap mana-mana pihak atas tuduhan mencuri wang Lembaga Tabung Haji (LTH) yang didakwa melibatkan pengurusan tertinggi lembaga itu setakat ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan Dewan Rakyat pada Isnin, ini termasuk dakwaan kononnya siasatan dibuat terhadap Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang merupakan Pengerusi LTH sekitar 2013 sehingga 2018.