GAZA - Tentera Israel bertempur dengan Hamas dan Jihad Islam di Tebing Barat semalam menyebabkan lima pejuang Palestin mati pada Ahad.
Pertempuran itu berlaku selepas tentera rejim Zionis dan pasukan unit khas Israel melancarkan serangan bagi menghapuskan 'sarang' Hamas dan menahan para pejuangnya, kata tentera negara haram tersebut.
Serbuan yang menyebabkan tentera Israel menahan beberapa pejuang Hamas merupakan pertempuran paling sengit antara kedua-dua pihak sejak akhir-akhir ini di wilayah Palestin.
Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan dua penduduk Palestin mati dekat Jenin dan tiga lagi di kawasan Biddu.
Hamas mengesahkan para pejuangnya bertempur dengan tentera Israel dekat Baitulmaqdis dan Jenin mengakibatkan tiga anggotanya terkorban di kawasan Biddu.
Kumpulan Jihad Islam mengeluarkan kenyataan dengan mengenal pasti seorang anggotanya sebagai antara pejuang Palestin yang gugur di Burqin.
Seorang penduduk di Biddu, Ayed Shamasneh, 44, berkata, dia terdengar bunyi tembakan kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan dan letupan kuat.
Dalam pada itu, seorang koresponden AFP menyatakan, dia melihat tompokan darah di atas tanah di Kampung Beit Annan.
Tentera Israel turut memaklumkan, lima operasi operasi dilakukan untuk menahan pejuang Palestin.
Dalam operasi itu, pihaknya membunuh lima pejuang Palestin dan menangkap beberapa lagi pejuang.
Perdana Menteri Israel, Naftali Nennet mengesahkan pasukan keselamatan rejim Zionis itu melakukan serangan di Tebing Barat. - Agensi