KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan semua strategi dan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dilaksanakan secara tersusun dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.
Menurutnya, ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya kerajaan terus mendokong pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional dan Pelan Antirasuah Organisasi untuk menjadikan Malaysia negara bebas rasuah.