Jumlah pekerja asing dihadkan tidak lebih 15 peratus

Iklan
Jumlah pekerja asing dalam tenaga kerja dihadkan kepada tidak melebihi 15 peratus dalam tempoh jangka panjang.

SHAH ALAM - Jumlah pekerja asing dalam tenaga kerja dihadkan kepada tidak melebihi 15 peratus dalam tempoh jangka panjang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, industri juga perlu meningkatkan penggunaan automasi dan mekanisasi dalam proses pengeluaran.

Iklan
Iklan

"Pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada beberapa sektor ekonomi, yang mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing.

"Terutama sektor pembinaan dan perladangan akibat pembekuan pengambilan pekerja asing,” katanya semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada Isnin.

Iklan
Iklan