Terlalu awal untuk Sarawak United berpuas hati

Iklan
Antara aksi menarik pertemuan Penang FC menentang Sarawak United di Stadium Bandaraya malam tadi. - Foto Penang FC

MASIH terlalu awal untuk Sarawak United FC berpuas hati dengan kemenangan 3-1 pada perlawanan menentang Penang FC pada Ahad dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Ketua jurulatihnya, E Elavarasan berkata, pasukannya masih mempunyai lima perlawanan untuk menguji kemampuan anak buahnya dalam saingan piala tersebut.

Iklan
Iklan

"Banyak yang kita belum tahu. Apabila bermain menentang pasukan daripada Liga Super, (permainan) di tahap yang berbeza. Untuk mereka (pemain) konsisten atau tidak, kita belum tahu,” katanya dalam sidang media malam Isnin.

Namun begitu beliau berkata. tiga mata yang diperoleh merupakan permulaan yang baik dan mampu memberikan kelebihan dalam saingan kali ini.

Iklan

Dalam pada itu, ketua jurulatih Penang FC Tomas Trucha berkata. pasukan kendaliannya harus mengubah corak permainan, sebagai persediaan berdepan dengan Kuala Lumpur City FC pada Rabu ini

"Pasukan harus memantapkan bahagian pertahanan dan di posisi sayapk, supaya kita dapat membawa pulang kemenangan dalam perlawanan yang akan datang,” katanya ketika mengulas kelemahan Penang dalam sidang akhbar tersebut.

Iklan

Beliau dalam masa yang sama mengingatkan anak buahnya bahawa prestasi cemerlang yang telah dilakar ketika saingan Liga Super, akan menjadikan Penang sebagai pasukan tumpuan dan seteru untuk dikalahkan.

Diundi dalam Kumpulan A, Penang FC bakal menghadapi Kuala Lumpur City FC pada Rabu ini, 29 September dan Sri Pahang FC pada 30 Oktober akan datang. - Bernama