SEREMBAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang guru besar bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM2,500, dua tahun lalu.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 57 tahun itu, ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan kira-kira jam 1.30 petang pada Isnin, selepas hadir memberikan keterangan.