Tuah Selangor FC, menang 1-0 ke atas Perak FC

Iklan
Ifedayo (kiri) menyumbat gol kemenangan Selangor FC di Stadium MBPJ pada Ahad.

SELANGOR FC dianggap bertuah apabila meraih kemenangan ke atas Perak FC 1-0 dalam aksi Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Ahad.

Pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel berkata, The Red Giants tidak bermain pada tahap terbaik khususnya dalam aksi babak pertama yang menyaksikan Perak FC memperoleh peluang untuk menjaringkan gol.

Iklan
Iklan

"Kadang-kadang tuah memainkan peranan dalam setiap perlawanan. Saya tidak mahu menafikan komitmen pemain kerana mereka sangat bagus, namun pada separuh masa pertama pasukan lawan mendapat banyak peluang untuk jaringkan gol.

"Terdapat beberapa situasi kami bermain buruk terutama hantaran akhir. Memang kami mengawalk perlawanan tetapi lawan sangat bahaya terutama hantaran jauh mereka.

Iklan

"Namun, apa yang paling penting adalah kami dapat tiga mata dan ia menggembirakan saya,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan.

Selangor FC mengesahkan kemenangan menerusi jaringan sepakan penalti penyerang import yang juga penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun pada minit ke-80.

Iklan

Penolong Jurulatih Perak FC, Mohd Shahril Nizam Khalil tetap berbangga dengan persembahan para pemainnya sehingga membuatkan Selangor FC ‘bermandi peluh’ sebelum meraih kemenangan.

"Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan persembahan pemain. Dari segi apa yang saya rancang, para pemain dapat realisasikannya.

"Namun, sedikit kesilapan menyebabkan Selangor dapat penalti. Tetapi, ia tidak mengecewakan saya kerana pemain muda kami bermain dengan baik.

"Walaupun ketinggalan tetapi mereka tetap menunjukkan bersemangat tinggi untuk mencari gol. Cuma kami tak bernasib baik mendapat gol,” ujarnya.