Baik berhenti, elak salah faham: Elisya Sandha

Iklan
Pelakon, Elisya Sandra bersama Uzair

BAGI mengelak spekulasi ada menjalinkan hubungan cinta, pelakon Elisya Sandha dan anak lelaki penerbit, Sheila Rusly, Uzair Haqimy sebulat suara berhenti berkongsi foto bersama di laman sosial.

Menurut adik kepada aktres terkenal Fasha Sandha ini, mereka hanya berkawan rapat sahaja.

Iklan
Iklan

"Tak lebih daripada itu dan sebenarnya berkawan sejak dari zaman belajar lagi. Kebetulan sama-sama pula masuk industri hiburan.

"Begitu pun, kami terpaksa stop sharing foto bersama di media sosial sebab kami rasa macam masyarakat dah salah sangka dengan perkongsian tersebut.

Iklan

"Orang fikir kami bercinta tapi kawan je... Jadi, daripada kita biarkan orang salah faham, eloklah kita berhenti kongsi," jelasnya sebagaimana dilaporkan mStar Online.

Sehubungan itu, mereka sudah tidak lagi berkongsi foto bersama.

Iklan