Siswazah bertambah, kerajaan perlu wujud banyak peluang kerja

Iklan
Lee Lam Thye

SHAH ALAM - Kerajaan disarankan supaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai lapangan dan sektor.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia bagi menampung pertambahan siswazah saban tahun dengan kadar peningkatan pengangguran.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, terdapat lebih 200,000 siswazah yang masih lagi menganggur pada masa ini dan jika tidak ditangani segera, jumlahnya semakin bertambah.

"Setiap tahun, ribuan siswazah bergraduasi daripada institut pengajian tinggi (IPT) dan ramai yang ingin terus merasai dunia pekerjaan.

Iklan

"Bagaimanapun, Covid-19 menyaksikan banyak sektor swasta yang terjejas dan sukar mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Lebih menyedihkan banyak sektor yang terpaksa melepaskan staf masing-masing kerana penguncupan ekonomi.

"Keadaan ini ditambah dengan ribuan siswazah yang semakin bertambah menyaksikan persaingan mendapatkan pekerjaan menjadi semakin sukar,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Berkaitan isu keselamatan negara pula, Lam Thye mencadangkan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi latihan khas untuk melawan jenayah siber yang kini menjadi ancaman keselamatan negara.

Katanya, kerajaan harus melaburkan sedikit perolehan kemahiran bagi menangani jenayah itu selain mewujudkan kesiapsiagaan untuk memerangi jenayah digital.

"Kerajaan turut disarankan untuk menjaga kebajikan anggota barisan hadapan seperti anggota polis dan tentera. Kerajaan harus memastikan kualiti kehidupan anggota-anggota di kawasan yang sediakan diselenggarakan dengan baik,” ujarnya.

Menurut beliau, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dibentangkan harus memberikan tumpuan untuk mengurangkan lagi kadar kemalangan dan penyakit di tempat kerja dengan memperkenalkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan (OSHMP 2021-2025).

"OSHMP untuk mengurangkan lagi kadar kemalangan industri untuk semua sektor terutama yang melibatkan perusahaan kecil dan sederhana. Amat penting untuk menjayakan pelaksanaan ini bagi majikan dan pekerja kerana kedua-dua pihak mempunyai peranan penting.

"Pengukuhan amalan Peraturan Kendiri di tempat kerja mesti diberi perhatian serius di bawah OSHMP (2021-2025),” ujarnya.

Sementara itu, beliau mengingatkan agar kerajaan memandang serius dari aspek perubahan iklim yang kini akan menjejaskan negara.

"Masalah seperti kebakaran hutan, banjir besar dan kenaikan paras air laut kini dihadapi oleh semakin banyak negara. Segala bencana ini bukan hanya dirasai oleh negara maju malah, negara membangun seperti Malaysia.

"Kita sudah mula merasakan bencana seperti banjir besar di Kedah, tanah runtuh di beberapa kawasan merupakan antara kesan perubahan iklim. Berikutan itu, kerajaan Malaysia harus bersiap siaga dalam hal ini,” kata beliau.