PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel menaruh harapan agar tonggak The Blues, Mason Mount menjelang aksi Liga Juara-Juara 2021 berdepan gergasi Serie A, Juventus di Turin pada awal pagi Khamis.
Menurut Tuchel, kecederaan Mount turut menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu tidak beraksi apabila juara bertahan itu tewas kepada Manchester City di Stamford Bridge bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu.
Bagaimanapun menurut Tuchel pihaknya masih memiliki sedikit masa sebelum membuat keputusan sama ada untuk menurunkan Mount menggantikannya dengan pemain lain bagi berdepan Juventus.
"Kita memang berharap agar Mount dapat diturunkan kerana kehadirannya akan menjadikan jentera serangan kita lebih mantap.
"Namun sehingga ke hari ini, kita belum dapat memastikan samada dia (Mount) benar-benar cergas atau tidak untuk aksi berdepan Juventus.
"Oleh itu diharapkan agar pemain-pemain lain dapat bersedia secukupnya apabila diarahkan untuk beraksi nanti,” katanya.
Pada aksi pembukaan Kumpulan H 15 September lalu, Chelsea menewaskan kelab Rusia, Zenit Saint Petersburg (Zenit FC) 1-0 di Stamford Brigde, hasil jaringan penyerang sensasi Romelu Lukaku.
Sementara itu Tuchel turut berharap agar pemain-pemain lain seperti Jorginho, N’Golo Kante dan Thiago Silva dapat kembali cergas untuk beraksi berdepan Juventus.
Katanya, dia mahu memastikan skuad kendaliann tampil seimbang di setiap posisi dalam usaha mengimbangi asakan-asakan daripada gergasi Serie A itu nanti.
"Kita harapkan pemain-pemain tersebut cergas dan bersedia untuk diturunkan kerana bagi saya kemenangan ketika berdepan Juventus ini penting bagi kita,” katanya.