Buluh ganti sawit perlu kajian terperinci

Iklan
SHAHIR

KOTA BHARU – Menukar tanaman bukan satu pelan tindakan yang baik untuk petani.

Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Shahir Adnan berkata, ia bukan sahaja memberi kesan kepada petani malah ekonomi negara secara keseluruhan.

Iklan
Iklan

Beliau turut mempersoalkan sejauh mana pihak kementerian melakukan kajian terperinci mengenai kesesuaian tanah sawit kepada tanam buluh dan bagaimana pula pendapat pakar-pakar sawit berhubung isu tersebut.

"Menteri sepatutnya peka dengan keadaan sekeliling, tidak hanya melihat dari sudut petani sebaliknya menyentuh kepentingan pengusaha dan pengguna.

Iklan

"Nama Malaysia selaku pengusaha sawit utama dunia akan lebur begitu sahaja, dek kerana dasar menteri yang ampuh,” katanya.

Kelmarin, Menteri Industri Utama, Teresa Kok mencadangkan tanaman buluh dibuat bagi menggantikan kelapa sawit.

Iklan

Selain buluh katanya, nanas dan kelapa juga, boleh dijadikan sebagai tanaman alternatif.

ARTIKEL BERKAITAN Pekebun kecil perlu cari tanaman alternatif selain sawit