Brighton 'menang' walau seri

Iklan
Maupay (tengah), melambungkan bola untuk gol penyamaan Brighton pada perlawanan berkenaan. - Fpto AFP/gettyimages

PENGENDALI Brighton Graham Potter menganggap skuad kendaliannya telah mencatatkan kemenangan biarpun pada hakikatnya sekadar terikat 1-1 ketika berdepan Crystal Palace pada Selasa.

Menurut Potter, skuad kendaliannya itu mempamerkan kebangkitan membanggakan biarpun ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Wilfred Zaha menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama.

Iklan
Iklan

"Apabila kita ketinggalan 0-1 dan kemudiannya berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-96 sudah pasti ia dilihat sebagai satu ‘kemenangan.’

"Walaupun kita hanya mampu meraih satu mata daripada keputusan seri ini, tetapi ia sudah cukup memadai; lagi pun perlawanan kali ini memang agak sukar.

Iklan

"Kami ketinggalan pada masa kecederaan separuh masa pertama, tetapi kami juga berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa kedua dan ia nyata satu perasaan yang sungguh luar biasa,” katanya.

Untuk rekod, setelah Zaha menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama, penyerang Brighton, Neil Maupay menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan separuh masa kedua untuk kedua-dua pasukan berpuas hati meraih satu mata pada perlawanan berkenaan.

Iklan

Keputusan itu menyaksikan Brighton kini berada kedudukan keenam dengan 13 mata manakala Crystal Palace pada kedudukan ke-15 dengan enam mata.

Sementara itu pengendali Crystal Palace, Patrick Viera kecewa dengan keputusan berkenaan setelah skuad kendaliannya itu hampir mencatatkan kemenangan pada perlawanan berkenaan.

"Kami benar-benar kecewa. Kami telah beraksi dengan baik, konsisten, tetapi akhirnya melepaskan gol pada saat akhir iaitu pada sepakan terakhir bagi perlawanan itu.

"Ia memang sesuatu yang sukar untuk diterima; tetapi itulah kenyataannya. Apa pun, kami akan terus memandang ke hadapan dengan melihat perkara-perkara positif kerana kami tahu kami semakin meningkat, semakin kuat dan proses itu akan terus berjalan,” katanya.