KUALA LUMPUR - Pencapaian output program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) masih belum mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 2.
Laporan itu juga mendapati, penilaian keberhasilan terhadap keberkesanan program TVET secara menyeluruh tidak dilaksanakan selain terdapat kelemahan pengurusan program itu dalam penyampaian dan akreditasi, perakuan akreditasi, penilaian kompetensi tenaga pengajar dan pengurusan pembiayaan pinjaman pelajaran.
"Antara kelemahan yang perlu diberi perhatian temasuk jumlah ambilan pelajar TVET bagi 2016 hingga 2020 yang menunjukkan trend menurun antara 1.0 peratus hingga 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, iaitu seramai 139,699 pelajar pada 2016 kepada hanya 99,589 pelajar pada 2020," menurut laporan itu.
Selain itu, hanya 474,672 (52.8 peratus) graduan yang telah berjaya dihasilkan untuk 2016 hingga 2020 berbanding 900,000 sasaran peluang pekerjaan baharu yang ditetapkan pada 2020.
Sejumlah RM1.324 bilion tunggakan bayaran balik pinjaman pelajar di bawah Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan RM443.63 juta di bawah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan (TPPPP) juga masih belum dapat dikutip
Pengauditan kali ini melibatkan penilaian terhadap pengurusan program TVET di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi 2016 hingga 2020 yang meliputi dua bidang utama audit, iaitu prestasi dan pengurusan program.
Kerajaan menyalurkan RM29.689 bilion untuk enam kementerian penyedia TVET iaitu KPM, KPT, KSM, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam RMK11.
Sementara itu, bagi mempertingkatkan lagi kecekapan pengurusan TVET, laporan itu mengesyorkan kementerian dan agensi terlibat mengambil beberapa langkah termasuk menjalankan kajian komprehensif bagi menilai impak program TVET.
Syor lain adalah memastikan inisiatif yang telah dirancang di bawah Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET (JKKPTVET) dilaksanakan selain perlu mewujudkan satu pusat akreditasi tunggal bagi semua program yang ditawarkan untuk memastikan graduan TVET diiktiraf sektor awam dan swasta dalam memenuhi keperluan industri negara.
"Selain itu, pengurusan PTPK dan TPPPP perlu meningkatkan usaha dan penguatkuasaan kutipan balik pinjaman termasuk tindakan undang-undang terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran balik bagi memastikan kelangsungan dalam pemberian pinjaman kepada pelajar yang berkelayakan," demikian laporan itu.
TVET adalah program untuk melahirkan graduan berkemahiran bagi memenuhi kehendak industri dalam bidang berkaitan serta objektif sosio ekonomi negara. -Bernama