RMK12 perlu disemak semula: Najib

Iklan
Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan agar Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) disemak semula supaya ia lebih tepat dan berdasarkan kepada keadaan sebenar semasa.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ada keperluan untuk RMK12 disemak semula selepas berakhir tahun ini.

Iklan
Iklan

"Pada asasnya, matlamat dan sasaran pelan RMK12 adalah usaha yang terpuji. Syabas saya ucapkan kepada Perdana Menteri, kerajaan termasuk penjawat-penjawat awam atas pembentangan rancangan yang komprehensif dengan sasaran-sasaran yang murni ini.

"Hakikatnya, kita sudah terlewat setahun membentangkan RMK12 yang merangkumi tempoh tahun 2021 hingga 2025 memandangkan kita kini sudah sampai ke penghujung tahun 2021," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika membahaskan RMK12 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Menurutnya, kelewatan itu berlaku disebabkan ketidaktentuan yang berpunca daripada pandemik Covid-19 yang belum selesai.

Iklan

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan RMK12 di Dewan Rakyat yang menetapkan hala tuju strategik bertemakan 'Keluarga Malaysia - Makmur, Inklusif, Mampan'.

RMK12 bermatlamat mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang negara.