MR D.I.Y, Touch ‘n Go bantu 15,000 pelajar UM

Iklan
MR D.I.Y. menyumbangkan kredit tunai RM300 kepada 15,000 pelajar UM yang bakal kembali ke kampus pada bulan Oktober ini.

SHAH ALAM – Seramai 15,000 pelajar Universiti Malaya (UM) yang bakal kembali ke kampus pada Oktober ini akan menerima bantuan kredit tunai RM300 daripada MR D.I.Y. menerusi program Program #DIY4UM untuk membantu mereka membeli barangan keperluan.

Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y. Group (M) Berhad, Adrian Ong berkata, program #DIY4UM itu melibatkan pengedaran bantuan tunai sebanyak RM4.5 juta yang dilaksanakan dengan usaha sama Touch ‘n Go melalui platform eWalletnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bantuan tunai itu akan diberikan kepada pelajar melalui Touch ‘n Go eWallet mereka menerusi tiga kali bayaran sebanyak RM100 pada 1 dan 30 November dan 30 Disember.

"Program ini bertujuan untuk membantu pelajar membuat persiapan kembali ke kampus dengan lancar. Pembukaan semula kampus adalah satu perkara yang penting untuk pelajar universiti.

Iklan

"Kami percaya adalah penting untuk memastikan mereka dilengkapi dengan barangan keperluan dari segi perlindungan diri dan juga untuk pembelajaran agar mereka kekal selamat semasa memberi tumpuan terhadap pengajian masing-masing. Inilah sebabnya kami menyalurkan bantuan tunai ini kepada para pelajar di UM,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ong berkata, melalui bantuan ini pelajar dapat mempersiapkan diri dengan barangan keperluan pembelajaran, peralatan perlindungan bagi mencegah Covid-19 dan pelbagai barangan alat tulis di cawangan-cawangan MR D.I.Y serta platform dalam talian menggunakan kredit tunai yang diberikan.

Iklan

"Mereka juga bakal menikmati promosi pulangan tunai eksklusif sebanyak RM10 apabila mereka membuat perbelanjaan minimum sebanyak RM20 di cawangan-cawangan jenama MR D.I.Y. Group, platform e-dagang www.mr.diy.com.my atau melalui mini program MR D.I.Y yang boleh didapati pada Touch ‘n Go eWallet,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Touch ‘n Go Group, Effendy Shahul Hamid berkata, program itu adalah sebahagian daripada usaha sama strategik di antara MR D.I.Y dan Touch ‘n Go yang dimeterai pada Julai tahun ini.

"Kami gembira dengan usaha sama ini kerana bantuan yang disalurkan untuk dimanfaatkan oleh komuniti, khususnya para pelajar UM. Kami bersedia untuk menyokong inisiatif ini dan memuji usaha MR D.I.Y yang tampil membantu semasa kita menghadapi pandemik yang mencabar ini,” katanya.

Semua pelajar di UM layak untuk menerima bantuan itu dan mereka hanya perlu mendaftar secara dalam talian melalui Portal Maya UM dari 3 Oktober 2021 untuk membuktikan mereka mempunyai e-wallet Touch ‘n Go yang sah.

Bagi Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Syukor berbesar hati dan berterima terima kasih kepada MR D.I.Y. dan Touch ‘n Go untuk memudahkan pelajar menerima dan menggunakan dana tersebut.

"Kami yakin inisiatif ini akan dapat meringankan beban para pelajar apabila mereka kembali ke kampus kelak,” katanya.