India tembak jatuh dron Pakistan

Iklan
Serpihan dron milik Pakistan yang ditembak jatuh India

NEW DELHI - INDIA. Tentera Udara India menembak jatuh sebuah dron milik tentera Pakistan semalam selepas ia didapati diterbangkan ke dalam ruang udaranya, menurut laporan media India ketika ketegangan antara kedua-dua negara itu semakin memuncak.

Sebuah jet pejuang Sukhoi-30 milik India menembak jatuh pesawat tanpa pemandu (UAV) itu menggunakan peluru berpandu jarak dekat Bikaner di wilayah Rajasthan di bahagian utara India.

Iklan
Iklan

Kawasan berkenaan terletak berhampiran sempadan Pakistan, menurut sumber-sumber tempatan.

Ini merupakan kali kedua Pakistan cuba menerbangkan sebuah dron ke India dalam tempoh enam hari lalu, selepas dron pertama ditembak jatuh pada 27 Februari, menurut laporan agensi berita Press Trust of India (PTI).

Iklan
Iklan

Kedua-dua pihak bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. - Agensi