Taktik sorok dadah dalam kereta terbongkar

Iklan
Kamarul (dua dari kanan) bersama pegawai penyiasat menunjukkan dadah yang dirampas.

BALIK PULAU - Tindakan licik seorang lelaki yang menyimpan dadah dalam sebuah kereta di kawasan parkir gagal mengaburi mata pihak polis selepas dia ditahan di tepi jalan di kawasan Jalan Tun Hussein Onn, Seberang Perai Tengah pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditangkap bersama dadah jenis heroin seberat 4.95 kilogram yang dianggarkan bernilai RM61,572.

Menurutnya, dalam serbuan jam 4 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu, suspek yang memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios ditahan sebelum polis menemui heroin seberat 907.3 gram di dalam kenderaan terbabit.

Iklan

"Hasil soal siasat dilakukan dan berpandu maklumat suspek, polis memeriksa sebuah kenderaan di tapak parkir Kondominium Golden Triangel, Bayan Lepas sebelum menemui lapan bungkus heroin seberat 3.687 kilogram yang disembunyikan dalam plastik.

Iklan

"Siasatan mendapati suspek menjadikan kereta jenis Chevrolet di tapak parkir sebagai tempat menyimpan dadah sebelum ia dipasarkan di sekitar Pulau Pinang," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini pada Selasa.

Kamarul Rizal berkata, siasatan lanjut mendapati suspek tidak bekerja dan aktif mengedar dadah sejak lima bulan lalu dan semakan ujian air kencing turut mendapati lelaki itu positif dadah selain memiliki empat rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah.

"Suspek direman sehingga 1 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan saki baki sindiket ini yang dipercayai masih bebas," katanya.