Banjir di Thailand korbankan enam nyawa

Iklan
Ribut Tropika 'Dianmu' yang mencetuskan hujan lebat dan banjir di 30 wilayah, telah menyebabkan sekurang-kurangnya enam kematian. - Foto ihsan pihak berkuasa tempatan Bamnet Narong, Thailand

BANGKOK - Ribut Tropika 'Dianmu' yang mencetuskan hujan lebat dan banjir di 30 wilayah, telah menyebabkan sekurang-kurangnya enam kematian.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan hujan lebat mengakibatkan banjir di 30 wilayah termasuk di Chiang Mai, Sukhothai, Chaiyaphum, Nakhon Ratchasima, Ayutthaya, Buriram, dan Nakhon Pathom.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, enam maut iaitu lima di Lop Buri dan satu di Phetchabun manakala dua dilaporkan hilang, masing-masing satu di Lop Buri dan Phetchabun.

Keadaan banjir di tujuh wilayah iaitu Chiang Mai, Lamphun, Lampang, Buri Ram, Nakhon Pathom, Yasothon dan Surin semakin pulih.

Iklan

Semalam, Ketua Pengarah jabatan itu Boontham Lertsukekasem berkata, 12 wilayah di sepanjang Lembah Sungai Chao Phraya termasuk Bangkok, Sing Buri, Pathum Thani, Nonthaburi, Samut Prakan dan Samut Sakhon bakal mengalami banjir kerana lebih banyak air akan dilepaskan dari empangan Chao Phraya.

Beliau berkata, paras air di empangan meningkat antara 0.3 meter hingga satu meter dalam beberapa hari lagi.

Iklan

Jabatan Meterologi Thailand mengeluarkan amaran hujan lebat diramal melanda seluruh negara sehingga Khamis.

Sementara itu, Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang berkata, banjir dilaporkan berlaku di kawasan dataran rendah di bandar itu berikutan kenaikan paras air di sepanjang Sungai Chao Phraya serta hujan lebat. - Bernama