Messi menyerlah bantu PSG atasi Manchester City

Iklan
Lionel Messi - Foto Champion League

LIONEL Messi menghadiahkan keceriaan kepada penyokong-penyokong Paris Saint-Germain (PSG) apabila meledak gol pertama ketika Les Parisiens menjinakkan cabaran finalis musim lalu, Manchester City 2-0 dalam perlawanan kumpulan A saingan Liga Juara-Juara di Parc des Princes awal pagi tadi.

Kapten Argentina yang menyertai gergasi Ligue 1 itu dengan kontrak dua tahun selepas meninggalkan sensasi La Liga, Barcelona, meledak jaringan pada minit ke-74 untuk menoktahkan kemenangan menyakinkan tuan rumah di laman sendiri.

Iklan
Iklan

Les Parisiens sebelum itu di depan hasil jaringan Idrissa Gueye seawal minit kelapan permainan sekali gus kemenangan 2-0 itu menyaksikan PSG memimpin kumpulan dengan empat mata.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan keempat penyerang berusia 34 tahun itu bersama PSG.

Iklan
Iklan

Keputusan di Paris menyaksikan PSG berada di kedudukan teratas diikuti Club Brugge, Manchester City dan RB Leipzig selepas masing-masing mengharungi dua perlawanan.