Salah ledak dua gol, Liverpool berpesta di Porto

Iklan
Salah meraikan jaringan bersama Mane ketika aksi Liverpool menentang Porto awal pagi tadi. - Foto Champion League

PENYERANG Mohamed Salah meledak dua gol ketika membantu Liverpool membelasah Porto 5-1 dalam aksi kumpulan B saingan Liga Juara-Juara di Estádio do Dragão awal pagi tadi.

Tampil dengan misi melakar kemenangan kedua, anak buah Jurgen Klopp ternyata mendominasi perlawanan yang memperlihatkan lawan mereka, Porto beraksi di bawah keupayaan sebenar tuan rumah selepas dipalit kecederaan.

Iklan
Iklan

Liverpool mendahului menerusi Salah pada minit ke-18 sebelum jaringan penghujung babak pertama Sadio Mane melebarkan kedudukan pelawat menjadi 2-0.

Salah sekali lagi menjadikan kedudukan 3-0 dengan gol minit ke-60, sebelum tuan rumah mengurangkan defisit menerusi jaringan minit ke-74 Mehdi Taremi.

Iklan

Impian Porto untuk kembali bangkit menyaingi Liverpool terus berkubur apabila pemain gantian The Reds, Roberto Firmino meledak dua gol lagi pada minit ke-77 dan 81 untuk kemenangan 5-1.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool memimpin kumpulan dengan enam mata selepas dua perlawanan mengatasi Atletico Madrid kedua dengan empat mata.

Iklan