Kucing pun ada tandas awam

Iklan
Sejak tandas itu diperkenalkan pada Febuari lalu kebanyakkan kucing-kucing terbiar di pasar tersebut sudah selesa menggunakan kemudahan tersebut.

PASIR MAS - Usaha Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) mewujudkan empat unit tandas awam kucing di Pasar Tasek Raja di sini tular di laman sosial Facebook sehingga mendapat pujian dalam kalangan warganet di negara ini.

Rata-rata warganet menyifatkan usaha MDPM itu wajar diberikan kredit kerana ia secara tidak langsung mampu mewujudkan suasana bersih di kawasan tersebut yang merupakan tumpuan orang ramai untuk membeli barangan dapur dan keperluan harian.

Iklan
Iklan

Yang Dipertua MDPM, Hazmi Abdul Hamid berkata, sejak tandas itu diperkenalkan pada Febuari lalu kebanyakan kucing-kucing terbiar di pasar tersebut sudah selesa menggunakan kemudahan tersebut.

"Malah kucing-kucing itu semakin berdisiplin dan sudah tahu kewujudan tandas berkenaan dan mereka juga tidak lagi membuang najis secara merata-rata sebagaimana sebelum ini," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Iklan
Usaha MDPM mewujudkan empat unit tandas awam kucing di Pasar Tasek Raja, Pasir Mas tular di laman-laman sosial Facebook sehingga mendapat pujian dalam kalangan warganet di negara ini.

Menurutnya, situasi itu secara tidak langsung mewujudkan persekitaran sihat dan bersih di kawasan pasar tersebut.

Beliau berkata, buah fikiran untuk mewujudkan kemudahan tandas itu terhasil menerusi mesyuarat bersama antara MDPM dan Jawatankuasa Bandar Tasek Raja.

Iklan

Hazmi berkata, setakat ini terdapat kira-kira 600 ekor kucing yang berada di kawasan tersebut sejak Januari 2021 hingga Selasa.

"Kesemua kucing-kucing ini adalah terbiar dan bagi memastikan pengudaraan berada dalam keadaan baik, MDPM akan menyelenggara tandas tersebut setiap hari dengan membuang najis-najis kucing ke lokasi sepatutnya.

Selain itu kerja-kerja menggembur pasir dan rumput turut dilakukan setiap minggu bagi memastikan tandas awam kucing itu berfungsi dengan baik.

"Selain itu kerja-kerja menggembur pasir dan rumput dilakukan setiap minggu bagi memastikan tandas awam kucing itu berfungsi dengan baik," katanya.

Menurutnya, inovasi itu secara tidak langsung membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan para pekerja pembersihan menguruskan keceriaan di lokasi itu dengan sempurna.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati tandas kucing itu sememangnya diselenggara dengan baik malah haiwan berkenaan dilihat mulai selesa menggunakan kemudahan tersebut.