PENGELUAR wangian serbaguna, Bliese (M) Sdn (Bliese) menyasarkan pendapatan RM30 juta pada tahun 2022.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Saiful optimis sasaran itu akan dicapai berikutan syarikat tersebut akan membangunkan kilang pembuatan produk wangiannya sendiri menjelang tahun hadapan dalam usaha memenuhi permintaan pasaran yang semakin bertambah.
"Bliese juga bakal mendapat bantuan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk menembusi pasaran global antaranya Amerika Syarikat dan Perancis.
"Perancangan mengeksport ke sana telah dijadualkan pada tahun ini tetapi penularan pandemik Covid-19 menyebabkan ia ditangguhkan sementara waktu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Suhaimi berkata, Bliese merupakan syarikat pengeluar wangian tempatan yang mengeluarkan pelbagai variasi wangian serbaguna untuk rumah, kenderaan dan wangian diri.
Beliau berkata, bersempena ulang tahun kedua ini, Bliese telah mengeluarkan produk penyegar udara Bliesematic edisi terhad yang diberi nama Sweet Mariposa.
"Haruman anti-bakteria yang mengandungi campuran haruman daripada buah pic, epal, oren, bunga jasmine dan bunga ros itu telah terjual di ibu pejabat Bliese sebanyak 20,000 unit dalam masa hanya 50 minit sahaja.
"Selain Sweet Mariposa, produk Bliesematic ini juga mempunyai empat lagi haruman yang menjadi kegemaran orang ramai iaitu Cherry Blossom, Fairy Breezy, Vanilla Bouquet dan Tropical Spa.
"Orang ramai masih boleh mendapatkannya daripada stokis dan ejen Bliese yang sah di seluruh negara,” katanya.
Sementara itu, Suhaimi berkata, Bliese juga untuk bekerjasama dengan kumpulan Bunkface untuk menghasilkan lagu yang berjudul Sentiasa Bersamamu.
"Karya yang dihasilkan sepenuhnya oleh Bunkface khas untuk usahawan Bliese itu berkisarkan tentang perjalanan lebih 9,000 usahawan yang selama ini bertungkus lumus mempromosikan produk Bliese sebagai sumber pendapatan mereka.
"Lagu Sentiasa Bersamamu ini telah dihasilkan sekitar awal tahun 2021 dan telah menjalankan penggambaran muzik video pada Mac 2021 iaitu sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan 3.0,” katanya.
Beliau berkata, Bliese dan Bunkface juga telah merancang untuk menjalankan kerjasama seterusnya demi membantu para usahawan serta memartabatkan produk lokal ke persada antarabangsa.
Katanya, sesiapa yang ingin menjadi ejen boleh menghubungi di talian 016-913 8358.