LZNK serah bantuan zakat

Iklan
Naib Canselor UUM, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani menyampaikan bantuan khas zakat UUM 2018.

SINTOK - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyerahkan bantuan zakat kepada asnaf sekitar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan agensi yang menguruskan hal ehwal asnaf di Dewan Seminar, Pusat Islam, UUM, semalam.

Pada majlis itu, LZNK menyerahkan secara rasmi Bantuan Zakat UUM Bagi Agihan Tahun 2018 kepada tujuh asnaf komuniti, tiga agensi yang menguruskan asnaf dan para asnaf seperti Rumah Anak Yatim UUM, Maahad Tahfiz As-Solehah, dan Mazihur Ulum. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Agihan dan Pembangunan Asnaf) LZNK, Ridzuan Ahmad berkata, UUM antara agensi yang paling banyak menyumbang zakat kepada Kedah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada 2018 kutipan zakat mencecah RM183 juta di mana sebanyak 60 peratus atau RM110 juta adalah dari zakat pendapatan dan daripada jumlah itu RM3.4 juta adalah zakat pendapatan staf UUM.

"Dengan amanah yang UUM pegang, kita menjangkakan lebih besar bukan sahaja staf tetapi peniaga, koperasi dan kafeteria turut sama boleh menyumbang zakat.

Iklan

"Semoga dengan bantuan zakat yang diberikan ini hasil daripada kutipan zakat pendapatan dalam kalangan staf UUM, dapat meringankan beban asnaf yang disantuni seterusnya menjalinkan silaturahim antara warga UUM dengan komuniti sekitarnya," katanya.

Penerima bergambar pada majlis penyerahan bantuan zakat kepada asnaf sekitar UUM dan agensi yang menguruskan hal ehwal asnaf.

Menurutnya, bagi menguruskan hal ehwal agihan balik dari LZNK kepada UUM, pihak UUM bersetuju menubuhkan dua jawatankuasa pengurusan berkaitan zakat di UUM iaitu Jawatankuasa Pengurusan Zakat, Wakaf dan Endowment yang memantau segala aktiviti kutipan dan agihan zakat.

Iklan

"Jawatankuasa Kecil Pengagihan Zakat juga turut diperkenalkan yang secara khusus menguruskan aktiviti agihan zakat kepada para asnaf yang terdiri daripada pelajar UUM, staf UUM, komuniti luar dan agensi yang menguruskan hal ehwal asnaf.

"UUM juga sentiasa berusaha membantu LZNK dalam menggiatkan kutipan Zakat dalam kalangan staf UUM menerusi kaedah potongan gaji melalui Jabatan Bendahari UUM," katanya.

Tambahnya, UUM berhasrat meningkatkan kutipan zakat staf UUM dari semasa ke semasa dan menyeru semua warga UUM membayar zakat melalui Bendahari UUM agar jumlah kutipan zakat di UUM akan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.