Perak-Indonesia perkukuh hubungan

Iklan
Saarani (kiri) mengadakan perbincangan dengan Hermono selepas mengadakan kunjungan ke Pejabat Menteri Besar Perak pada Selasa.

IPOH - Kerajaan Perak akan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia khususnya dalam sektor ekonomi.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, satu pertemuan diadakan dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono susulan lawatan bersama delegasi Indonesia ke Perak pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, menerusi pertemuan itu, perbincangan turut diadakan bersama Hermono berkaitan kerjasama yang boleh dijalinkan oleh Perak bersama negara tersebut.

"Perbincangan kami banyak menjurus bagaimana kolaboratif boleh dijalin untuk Perak memainkan peranan signifikan dalam mengukuhkan hubungan ekonomi antara dua negara.

Iklan

"Dalam suasana dunia masih dihantui wabak Covid-19, polisi dan kesalinghubungan antara kedua-dua negara dalam segenap bidang perlu diperkukuhkan demi manfaat bersama," katanya menerusi hantaran di Facebook Saarani Mohamad pada Rabu.

Beliau berkata, kerjasama di peringkat serantau perlu dipererat dan diperkuatkan memandangkang tiada negara yang mampu melawan pandemik ini secara bersendirian.

Iklan

Hadir sama pada pertemuan tersebut, Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Untuk rekod, Perak pernah memiliki 60 peratus saham ladang kelapa sawit PT Pinang Witmas Sejati di Palembang, Indonesia menerusi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) melalui anak syarikat mereka, Ladang Lekir Sdn Bhd.

Bagaimanapun keseluruhan saham tersebut dijual kepada sebuah syarikat perladangan.

Penjualan 60 peratus saham bernilai RM341.55 juta kepada Taiko Plantation Pte Ltd itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk nilai terkini pasaran ladang.